Suami Sembelih Isteri Mengigau Sebut ”Sesuatu” Waktu Tidur Terbongkar Rahsia Besar Isteri !!!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Sepandai pandai tupai melompat,pada akhirnya jatuh ke tanah juga, cinta terlarang yang dibungkus rapi oleh Wani 25 selama setahun akhirnya terbongkar juga.

Hanya kerana kesepian Wani gelap mata menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasihnya hingga pada akhinya mengundang tragedi.
 Wani ditemukan maut di rumahnya pada 16-17 di Tebing Tinggi Medan dengan leher hampir putus dipercayai disembelih oleh suaminya Anwar 30.
Menurut anwar yang ditahan semalam,sejak mereka memiliki bayi pertama,dia meminta isteri untuk berhenti bekerja dan mengurus anak mereka.

Semenjak daripada itu,isteri kerap melayan laman media sosial facebook hingga bertemu dengan bekas kekasihnya.

Hubungan mereka semakin hari semakin rapat hingga beberapa kali berjumpa secara senyap-senyap.

Anwar yang bekerja dari pagi hingga petang dijadikan sebagai kesempatan oleh wani untuk menjalin cinta dengan bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun hubungan mereka dicium oleh anwar apabila dia melihat mesej-mesej isterinya dengan lelaki itu,sejak daripada itu anwar mulai menyelidik hingga mendapatkan beberapa bukti.

Hingga pada malam kejadian,kira-kira jam 2.30 anwar mendengar isterinya mengigau kesedapan menyebut nama lelaki lain.

Berang dengan hal tersebut,anwar mengambil pisau dapur dan menyembelih isterinya hingga meninggal dunia.

Pada keesokan harinya anwar menyerahkan diri dibalai polis dan mengaku telah membunuh isterinya.

Bagaimanapun pihak polis AKP Mohd.Hamid yang mengerah petugas ke lokasi menerima laporan bahawa adanya mayat seperti mana yang dilaporkan oleh anwar.

Kredit : EBerita

Anak Tertangkap Gambar Misteri Sebelum Kematian Bapa, Apa Terjadi Selepas Itu MENAKUTKAN !!!

 

Seorang wanita berkongsi foto kelibat misteri yang kelihatan seolah-olah sedang menunggu untuk membawa bapanya ke alam akhirat beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

Sharron Coll berjaya merakamkan foto itu sewaktu menjaga bapanya, Roy Crank yang sedang nazak di sebuah hospital di Doncaster, yang mana bapanya meninggal dunia kerana kanser usus pada tahun 2013.

Foto yang dirakam beberapa jam sebelum Crank menghembuskan nafas terakhir menunjukkan kelibat bayang-bayang gelap sedang membongkok sambil memegang buku.

Tambahnya lagi, ia juga kelihatan seperti burung gagak hitam.

“Saya sedang menjaga bapa saya dan tiba-tiba dia asyik menunding jarinya ke arah luar.

“Bapa saya tidak boleh bercakap dengan baik, jadi dia tidak dapat menjelaskan apa yang dilihat. Namun, dia kelihatan takut,” katanya.

Ujar Coll, pada mulanya dia menyangka bapanya berkelakuan pelik kerana kesan pengambilan ubat.
Namun, dia terkejut melihat figura misteri itu sewaktu keluar dari tandas.

Dia yang ketakutan bagaimanapun masih sempat merakamkan foto.

Menurut Coll, bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum selepas foto itu dirakam.

“Biasanya, buruk gagak membawa tanda kematian,” ujar Coll.
Jelasnya, dia semakin takut kerana abangnya mendakwa imej dalam foto itu kelihatan seperti Grim Reaper (dewa kematian).

Coll turut mendedahkan dia sering melihat roh semenjak dia berusia lima tahun. Namun, kejadian itu agak menakutkan dirinya.

“Bila saya lihat betul-betul, nampak seperti ia sedang berdoa di atas buku.

“Sebenarnya nampak macam sami, bukan seperti Grim Reaper,” ujarnya lagi.

Wanita berusia 34 tahun itu menganggap perkongsiannya adalah untuk memberitahu bahawa terdapat sesuatu akan menunggu setelah orang kesayangan kita meninggal dunia.

“Bila saya lihat foto itu, saya tersenyum. Saya tahu ada seseorang menunggu untuk membawa bapa saya ke alam lain,” ujar Coll.

Dalam pada itu, bapa Coll yang pada mulanya merahsiakan penyakitnya meninggal dunia tiga bulan selepas disahkan menghidap kanser usus.

Tambahnya lagi, bapanya tidak pernah mempercayai perkara ghaib walaupun dia pernah merakam imej misteri menggunakan kameranya sebelum ini.

Kredit : EBerita


Lagi Heboh

Loading...